Wednesday, January 1, 2014

Berkhidmat Untuk Umno Atau Rakyat?

Ini diharamkan:

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan pihak polis bagi menentukan tindakan susulan terhadap penganjur perhimpunan haram di Dataran Merdeka malam tadi. Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pihaknya akan memutuskan tindakan lanjut terhadap penganjur perhimpunan itu setelah satu mesyuarat khas diadakan.

“Setakat ini DBKL belum mengenal pasti apa tindakan yang akan diambil…sama ada tindakan saman kepada penganjur atau tindakan-tindakan lain yang sesuai,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Perhimpunan haram itu yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO), dihadiri kira-kira 4,000 peserta telah merencatkan konsert Ambang Tahun Baharu anjuran DBKL yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam ekoran peserta perhimpunan menyerbu masuk ke Dataran Merdeka.

Polis menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Mengulas mengenai jumlah kerugian, Ahmad Phesal berkata DBKL setakat ini belum menerima apa-apa laporan kerugian peralatan atau harta benda susulan perhimpunan haram itu.

Link:

Pengerusi Gerakan Turun Kos sara Hidup (TURUN) Azan Safar mengisytiharkan perhimpunan malam tadi sebagai satu kejayaan ekoran kehadiran seramai 10,000 ribu orang membanjiri Dataran Merdeka untuk membantah kenaikan kos sara hidup.

Azan berkata kehadiran ramai peserta pada malam tadi menandakan sokongan dan reaksi mereka terhadap semua kenaikan tersebut, walaupun pihak berkuasa mengancam mengambil tindakan dan melaber acara tersebut sebagai perhimpunan haram.

"Tahniah Rakyat. Himpunan TURUN berjaya. Terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia, dari orang kenamaan sehingga rakyat marhaen yang telah berhimpun secara aman dan bersurai sebaik tamat sambutan Tahun baru 2014.

"Tahniah kepada rakyat yang berjaya menganjurkan himpunan buat rakyat pada malam ini," katanya melalui sistem pesanan WahtsApp kepada Malaysiakini.

Beliau turut merakam penghargaan kepada pihak berkuasa yang memberikan kerjasama terbaik dalam memastikan himpunan malam ini berlangsung dengan aman. Berdasarkan laporan, polis tidak membuat sebarang penahanan ke atas mana-mana peserta perhimpunan tersebut.


Tetapi ini dibenarkan:

Seramai 70 anggota dan pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, yang diketuai Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya, membuat bantahan secara aman di depan Ibu Pejabat Polis Daerah di Shah Alam hari ini.

Tunjuk perasaan itu berlangsung selepas Perkasa Selangor membuat laporan polis pada 2.30 petang terhadap Pengarang mingguan Katolik Herald Paderi Lawrence Andrew berhubung satu kenyataan yang dikeluarkannya dalam The Malaysian Insider Jumaat lepas.

Link:


No comments:

Post a Comment