Thursday, December 27, 2012

Orang Asli Seletar Johor tuntut hak tanah ― Gabungan Penduduk Orang Asli Kg Bakar Batu dan Kg Sg Temun


Diterbit oleh The Malaysian Insider pada 27 Disember 2012.

Pada hari ini, 188 orang penduduk Kampung Sungai Temun dan Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, yang berketurunan Orang Asli Seletar (Orang Laut), telah memfailkan kes saman pemula di Makhamah Tinggi Johor Bahru secara tindakan berkelompok terhadap Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Johor, Kerajaan Negeri Johor dan 10 pihak yang lain.

Pihak Orang Asli diwakili oleh Salim bin Palon (Batin Kg. Sg. Temun), Mat bin Inder (wakil Kg. Bakar Batu) dan Edy bin Salim (wakil Kg. Sg. Temun). Kami diwakili oleh peguam K. Mohan (K. Mohan & Co) yang bertindak untuk kami secara pro bono.

Untuk makluman, masyarakat Orang Asli Seletar telah menyuarakan masalah kami melalui pelbagai saluran pada tahun yang lepas. Antara lain, kami menghantar memorandum kepada Menteri Besar pada 15 Disember 2011
  1. Apabila perkuburan kami ditolak pada 19 Januari 2012, kami telah membuat laporan polis dan kemudian berdialog dengan pihak berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pada 27 Januari 2012.
  2. Usaha kami telah membawa EXCO Kerajaan Negeri Johor, YB Asiah Ariff untuk melawat kampung kami beberapa kali dan pada 1 November 2012, beliau telah mengatakan bahawa perkampungan kami akan dikekalkan.
  3. Lebih awal pada bulan Febuari 2012, YB Asiah juga memaklumkan bahawa Kerajaan Johor sedang mengenalpasti tanah di kawasan Selat Johor untuk tujuan pewartaan sebagai rizab tanah Orang Asli untuk kami.
  4. Walau bagaimanapun, tanah dan wilayah adat yang kami diami secara turun-temurun telah dan masih diceroboh oleh ramai pihak yang tidak bertanggungjawab. Setelah sekian lama aduan kami dibuat kepada pihak kerajaan, janji-janji yang ditawarkan oleh pihak berkuasa secara mulut masih belum menjadi kenyataan dalam bentuk hitam putih.

Pada masa yang sama, adalah sangat ketara bahawa bahawa kawasan hutan bakau di sekitar muara Sg Skudai dan Sg Danga di mana kami diami dan mencari makan telah musnah akibat kerja-kerja pembinaan yang kononnya dibuat demi pembangunan. Tetapi siapa yang merasai buah hasil pembangunan ini?

Kami tidak tahu. Apa yang kami pasti, hidup masyarakat Orang Asli di sini semakin terancam kerana dengan hilangnya hutan bakau dan tercemarnya sungai dan laut, punca mata pencarian kami semakin berkurangan. Malah, tanah di atas berdirinya kampung halaman kami telah ditukar menjadi hak milik pihak-pihak ketiga yang tanpa pengetahuan kami.

Tujuan kami mengambil cara undang-undang adalah supaya ketidak adilan yang menimpa masyarakat kami dapat diperbetulkan. Sebagai orang asal di negeri ini, kami ingin terus hidup dan maju di atas tanah dan laut yang kami warisi dari nenek moyang kami.

Link: 

Seorang ADUN BN negeri menafikan dakwaan PKR  bahawa parti pemerintah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengadakan "sesi latihan" untuk membimbing pengundi Orang Asli di Tapah, Perak untuk mengundi BN.

ADUN Ayer Kuning yang juga pengerusi BN Tapah, Samsudin Abu Hassan memberitahu akhbar Sinar Harian bahawa program itu, yang dianjur bahagiannya, adalah untuk mendidik pengundi Orang Asli cara yang betul untuk mengundi.

Beliau menjelaskan ia diadakan selepas mereka mendapati bilangan undi rosak di kalangan pengundi Orang Asli dalam pilihan raya umum lepas adalah tinggi. Samsudin berkata, pihaknya tidak pernah memaksa sesiapa untuk mengundi BN kerana ia hak pengundi untuk mengundi sesiapa yang mereka mahu.

Sebaliknya, tegas beliau, pihaknya hanya mendidik mereka cara untuk memangkah dan mengundi dengan betul. Katanya, terpulang kepada PKR jika mereka juga mahu berbuat demikian. Samsudin juga mengakui 5kg beras telah diberikan kepada setiap pengundi Orang Asli, tetapi menegaskan bahawa ia bukan bertujuan untuk memancing undi.



1 comment:

  1. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/12/27/pakatan-boils-ec-over-rice-for-votes/

    Pakatan Rakyat leaders have criticised the Election Commission over its stance that rewarding Orang Asli with rice in return for a mock vote is legitimate and instead called the move “unethical” and “insulting”.
    The opposition pact stressed that it would never follow in Barisan Nasional’s footsteps by showering gifts on people with strings attached while campaigning despite the EC’s apparent green light yesterday.
    “Giving donations is fine but you must draw a line. PKR does it to help the poor but we don’t tell them that in order to receive the gifts, they must vote for us,” said PKR communications director Nik Nazmi Nik Ahmad.
    “We tell them it’s a gift and then inform them that BN is stealing their lands, taking away their rights and that is why they should vote for change,” he told FMT.
    Nik Nazmi said that “forcing” the Orang Asli to vote for PKR even if it was just for a mock election went against everything the party stood for.
    “The EC has it wrong here. They have to make it clear that even when campaigning, there is a difference between telling the Orang Asli what Pakatan stands for and threatening them to vote or bribing them with gifts,” he added.

    ReplyDelete