Sunday, March 27, 2011

MyConstitution Finale Launch: Rock 4 Rights!



Since the first launch of the MyConstitution Campaign on 13 Nov 2009, the Bar Council Constitutional Law Committee (“BCCLC”) has launched seven more phases periodically. Each launch was accompanied by a specific theme inspired by the Federal Constitution, and was supplemented by its very own Rakyat Guide booklet and Rakyat Service Advertisement.

On 2 Apr 2011 (Saturday), BCCLC will launch its 9th and final phase at Fort Cornwallis, Penang, at 12 noon. The launch will be officiated by YB Prof Dr P Ramasamy, Deputy Chief Minister II of Penang.
In addition to the 9th Rakyat Guide booklet and Rakyat Service Advertisement on “Elections and Democracy”, BCCLC has also produced a music album entitled “Radio Demokratika”*. The album contains 12 original songs, written and performed by 12 local independent bands. Each song resonates a message on human rights, fundamental liberties or democracy.
Therefore, it should come as no surprise that BCCLC is organising a concert and carnival to celebrate the final phase of the MyConstitution Campaign. Some of the bands featured in the album will perform at the concert.

Many have asked, “Why a concert? What does it have to do with Bar Council?”
The reasons are:
• better outreach to youths between the ages of 18 and 35 on the concept of elections and democracy;
• improved awareness amongst local artists and youths on the concept of elections and democracy;
• increased participation of youths in the Malaysian political process through the conduct of voter registration drive during the concert; and
• greater media coverage and publicity for the MyConstitution Campaign.
Admission is free. Please come and join BCCLC for its final phase of the MyConstitution Campaign. It will be a fun, stimulating and uniquely refreshing experience. For more information, refer to the attached flyer.
Please contact Lim Ka Ea by telephone at 03-2231 7103 or 03-2031 3003 ext 127, or by email at kaea@malaysianbar.org.my, should you have any queries.
See you all there!
Thank you.
Edmund Bon Tai Soon
Chairperson
Bar Council Constitutional Law Committee
Sejak pelancaran sulung Kempen PerlembagaanKu pada 13 Nov 2009, Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan Majlis Peguam (“BCCLC”) telah melancarkan tujuh lagi fasa secara berperingkat-peringkat. Setiap fasa mempunyai tema khas yang diilhamkan daripada Perlembagaan Persekutuan dan dilengkapi dengan Buku Panduan Rakyat dan Pesanan Khidmat Rakyat.

Pada 2 Apr 2011 (Sabtu), BCCLC akan melancarkan fasa ke-9 dan terakhir bertempat di Fort Cornwallis, Pulau Pinang, pada 12 tengah hari. Acara ini akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, YB Prof Dr P Ramasamy.

Disamping Buku Panduan Rakyat dan Pesanan Khidmat Rakyat ke-9 yang bertemakan “Pilihan Raya dan Demokrasi”, BCCLC juga telah menghasilkan album muzik yang bertajuk “Radio Demokratika”. Album ini mengandungi 12 lagu-lagu hasil karya asal yang dipersembahkan oleh 12 kumpulan muzik bebas tempatan. Setiap lagu membawa mesej hak-hak asasi manusia, kebebasan asasi atau demokrasi.

Maka, tidak menghairankan yang BCCLC akan menganjurkan sebuah konsert dan karnival untuk meraikan fasa terakhir Kempen PerlembagaanKu. Beberapa kumpulan muzik yang telah menyumbangkan lagu untuk album ini akan membuat persembahan secara langsung.

Ramai yang bertanya, “Kenapa konsert? Apa kaitan konsert dan Majlis Peguam?”

Sebab-sebabnya ialah:
• lebih mudah mendekati belia dalam lingkungan umur 18 ke 35 tahun untuk mendedahkan mereka kepada konsep pilihan raya dan demokrasi;
• menambahkan kesedaran tentang konsep pilihan raya dan demokrasi di kalangan pemuzik tempatan dan belia;
• meningkatkan jumlah penyertaan belia dalam proses politik Malaysia dengan mendorong mereka untuk mendaftar sebagai pengundi ketika konsert berlansung; dan
• liputan media dan publisiti yang meluas untuk Kempen PerlembagaanKu.

Penyertaan adalah percuma. Marilah bersama-sama BCCLC menjayakan fasa terakhir Kempen PerlembagaanKu. Ia pasti menjadi satu acara yang menyeronokkan, disamping merangsang minda dan memberi pengalaman unik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada risalah yang dilampirkan.

Sila hubungi Lim Ka Ea melalui telefon di 03-2231 7103 atau 03-2031 3003 sambungan 127, atau melalui e-mel di kaea@malaysianbar.org.my untuk sebarang pertanyaan.

Jumpa anda disana!

Terima kasih.

Edmund Bon Tai Soon
Pengerusi
Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan Majlis Peguam

No comments:

Post a Comment