Projek pembinaan Empangan Bakun yang dijalankan telah melebihi 10 tahun dan projek ini masih berterusan. Pada bulan Januari 2010, untuk menggerakan pembangunan ekonomi Negara dengan alasan, Negara kita telah menandatangani satu perjanjian mengenai penyusunan sumber tenaga secara menyeluruh dengan Negara China. Mengikut perjanjian tersebut, pembinaan beberapa empangan air dan projek perlombongan arang batu akan dilaksanakan di negeri Sarawak. Perlaksanaan perjanjian tersebut bukan sahaja akan menyebabkan golongan bumiputra di negeri Sarawak kehilangan tempat tinggal bahkan menyebabkan sistem ekologi, hutan dan tanah subur bumiputra dilanda bencana.
Wakil dari golongan bumiputra dari Bakun yang giat membela nasib mereka dan membantah pengusiran akan menghadiri forum ini. Mereka akan menerangkan kesulitan dan kehidupan mereka yang sering menghadapi pengusiran daripada kerajaan.
Mengikut pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Negeri Sarawak mempunyai 924,000 orang yang layak mengundi pada masa kini, tetapi masih terdapat 470,000 orang tidak berdaftar sebagai pengundi. Hal ini menyebabkan Pilihan Raya Negeri Sarawak hanya melaksanakan setengah demokrasi sahaja. Lebih daripada setengah bumiputra yang tidak mempunyai kad pengenalan atau surat kelahiran dan surat kerakyatan menyebabkan mereka kehilangan hak mengundi. Selain itu, kawasan pendalaman Negeri Sarawak kekurangan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, sekolah dan perkhidmatan perubatan dalam jangka masa yang panjang, menyebabkan golongan bumiputra berasa mereka disisirkan.
Forum ini akan menyiarkan tayangan video untuk memberi gambaran yang lengkap kepada para hadirin tentang kehidupan pendalaman Negeri Sarawak dan mengikut perkembangan golongan bumiputra yang telah disisirkan dan perjuangan mereka. Selain itu, forum ini juga akan menjemput sukarelawan yang membantu menjalankan pendaftaran pengundi untuk berkongsi pengalaman mereka.
Tajuk Forum:Hak kehidupan dan kerakyatan Bumiputera Negeri Sarawak
Tarikh:7hb April 2010 (Rabu), pukul 8 malam
Penganjur Bersama:
Kenyalang Power Initiative, Komiti Sosial Ekonomi-Dewan Perhimpunan Kuala Lumpur dan Selangor, Hua Zong: A 20 Year Plan of Action For Malaysia
Tempat:Auditorium KLSCAH
Panel Forum:
Wing Miku(Ahli Anti-Gerakan Bakun, Blogger, Ooi Thean Poh (Jurutera elektronik), Chen Shaua Fui(WartawanMerdekareview.com)
Pengaturcara: Chow Z Nam(Pernebit TV)
Pihak penganjur menjemput orang ramai yang mengambil perhatian tentang hak golongan bumiputra Negeri Sarawak untuk menghadiri forum tersebut. Pada malam tersebut, kami akan mendaftar sukarelawan “Lawatan Demokrasi Negeri Sarawak” untuk sama-sama menggiatkan kempen mendaftar pengundi, mendidik pengundi dan latihan mengawasi kempen Pilihan Raya.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Chia di talian 03-2274 6645 dan Fax 03-2272 4089.
Tan Soon Lim
Pengerusi Jawatankuasa Sosial Ekonomi,
Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor
No comments:
Post a Comment